Masjid ini dibina pada tahun 1912 atas kegigihan Yang Teramat Mulia Tunku Mahmud Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah. Tapak Masjid ini merupakan tanah perkuburan wira-wira Negeri Kedah yang telah gugur sewaktu mempertahankan negeri ini dari serangan Siam sekitar tahun 1821. Rekabentuk Masjid ini adalah diilhamkan dari Masjid Aziz, Bandar Langkat, Sumetera Utara. Lima kubah utama menghiasi Masjid ini melambang lima rukun islam. Masjid ini di rasmikan pada hari Jumaat bersamaan 15 Oktober 1915 oleh KDYMM Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halin Shah dimana baginda sendiri mengimamkan solat jumaat pada hari berkenaan manakala YTM Tunku Muhammad membacakan khutubah Jumaat
Semoga Allah SWT Curahkan kesempatan buat kita menikmati shalat berjamaah didalamnya. Amiiien Yaa Rabb.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar